Friday, August 23, 2013

Poster-poster Berkaitan Dadah

Pemandangan keseluruhan poster di Tangga Utama.
Poster-poster kecil di Tangga Utama.


Memperingatkan supaya semua orang sedar dadah pemusnah generasi. Jikalau generasi muda musnah akibat gejala dadah, maka akan musnahlah negara. Oleh yang demikian, dadah merupakan "Musuh No.1 Negara".

Dapat menanam satu sikap optimistik dalam diri supaya wujud satu daya dahan dan tidak mudah terpengaruh dengan tipu helah pengedar dan penagih dadah.  "Say No to Drugs".

Menanamkan satu perasaan yang berkobar-kobar dengan iltizam untuk bersama-sama memusnahkan dadah seadanya, sama ada melaporkan kepada pihak berkuasa supaya menahan pengedar, pengguna dan penagih dadah.

Memberi amaran supaya berhati-hati dan menjauhi dadah kerana "Dadah Pemusnah Generasi".

Menanamkan elemen dalam diri seseorang bahawa dadah adalah durjana dan pemusnah generasi akan datang justeru itu, jauhilah najis dadah.

Menanam suatu perasaan benci yang amat mendalam bahawa dadah bagaikan "najis". Najis itu kotor dan tidak disukai oleh manusia mahupun binatang.

Menanamkan sikap bertanggungjawab untuk membasmi dadah seperti melaporkan punca-punca dadah diperolehi sama ada daripada pengedar ataupun penagih dadah. Membasmi dadah adalah tanggungjawab semua individu.

Menanam satu sikap dalam diri supaya tidak ketagih dadah dengan menjauhi dadah, tidak berkawan dengan penagih dadah serta pengedar dadah.

Kebencian terhadap dadah. Perasaan jijik terhadap dadah akan menjelma apabila memijak poster ini.

Dadah boleh membunuh manusia dalam senyap. Pengguna dadah akan terbunuh dalam kenikmatan dengan pelbagai penyakit seperti Aids iaitu kurangnya daya dahan diri terhadap penyakit dalam satu jangka masa yang panjang.



Poster di bahagian bawah Tangga Utama.







No comments:

Post a Comment