Saturday, June 27, 2009

VISI
"Menjadikan SMK Guntong sekolah terbilang dari segi akademik dan kokurikulum"
-
PERNYATAAN VISI
-
SMK guntong ; Memenangi sekurang-kurangnya satu anugerah di peringkat Kebangsaan dan Negeri serta daerah dalam tahun semasa
Tuan Haji Romeli Bin Ismail turut sama menjayakan visi

Menuju JOHAN Pertandingan Bilik Sumber PPDA Peringkat Kebangsaan Tahun 2009



SEMINAR KEIBUBAPAAN PPDa SMK GUNTONG 2009

SMK Guntong telah mengadakan Seminar Keibubapaan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat SMK Guntong pada 27 Jun 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan SMK Guntong. Seramai 200 ibu bapa hadir mengikuti program di atas yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya dadah dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat. Tema seminar ini adalah “ Masyarakat Madani Tanpa Dadah”. Aktiviti dipenuhi dengan Ceramah Anti Dadah oleh pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu. Perasmian majlis dilakukan oleh Tuan Pengetua SMK Guntong, Tuan Haji Romeli Ismail.

Wednesday, June 24, 2009



Seramai 50 orang guru dan staf sokongan SMK Guntong telah mengikuti Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) pada 30 Mei 2009 yang lalu bertempat di Bilik Sumber SMK Guntong. Program yang bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme perguruan ini turut memuatkan slot berkaitan dengan dadah dan akta-akta yang berkaitan dengannya. Cif Inspektor Mohd Hazmy Bin Mohd Noor, dari IPD Setiu telah dijemput untuk memberi ceramah tersebut. Turut bersama Tuan Pengetua, Tuan Haji Romeli yang baru melaporkan di sebagai Pengetua SMK Guntong pada 28 Mei 2009 yang lalu.



Bilik PPDa SMK Guntong telah dipilih sebagai pemenang tempat PERTAMA pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Terengganu untuk tahun 2009. Kemenangan ini melayakkan Bilik Sumber PPDa SMK Guntong dipilih mewakili negeri Terengganu ke Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 yang akan diadakan pada Jun dan Julai 2009 nanti. TAHNIAH

Sambutan Hari PPDa Peringkat SMK Guntong telah diadakan pada 14 Mei 2009 bertempat beberapa lokasi terpilih di SMK Guntong. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Mendeklamasikan Sajak, Pertandingan Mengarang Esei Anti Dadah, Pertandingan Melukis Poster dan juga persembahan khas Pasukan Dikir Barat Sekolah "AWE GUNTONG" dan Pasukan Nasyid Sekolah. Guru pun tunjuk bakat masing-masing.

Pertandingan Melukis Poster

Persembahan Khas : Deklamasi Sajak oleh Cikgu Safiah Salwana

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak





"AWE GUNTONG" JUARA DIKIR BARAT KARNIVAL KESENIAN PPDa DAERAH SETIU

Pasukan Dikir Barat SMK Guntong " AWE GUNTONG" telah menjadi Juara pertandingan dikir barat sempena Karnival Kesenian PPDa Peringkat Daerah Setiu. Kemenangan ini melayakkan AWE GUNTONG ke Karnival Kesenian PPDa Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan di Daerah Kemaman.

Penyertaan acara lain juga menunjukkan pencapaian yang memberansangkan. Antara acara yang disertai ialah Nasyid dan Mendeklamasikan Sajak.

PERTANDINGAN PENGURUSAN BILIK SUMBER PPDA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Bilik PPDa SMK Guntong telah dipilih oleh Pejabat Pelajaran Daerah Setiu untuk mewakili Daerah Setiu ke Pertandingan Pengurusan Bilik PPDa Negeri Terengganu untuk tahun 2009

Persiapan yang rapi telah dilakukan oleh Unit PPDa SMK Guntong dengan kerjasama guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta dan semua pelajar SMK Guntong.

Kerjasama juga diberikan oleh Agensi Anti Dadah Daerah Setiu, PDRM Setiu, PIBG SMK Guntong dan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu


Program "Tak Nak Merokok" peringkat SMK Guntong telah diadakan pada 16 Febuari 2009 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Guntong. Program dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Setiu ini telah dilancarkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Ahmad Nordin Bin Bahari.

Sebagai tanda menjayakan kempen ini semua pelajar lelaki SMK Guntong telah menurunkan tandatangan sebagai simbolik "Tak Nak Merokok". Mereka juga dengan bersemangat melaungkan slogan "Tak Nak Merokok"
PROGRAM SENTUHAN NURANI PPDa


Unit PPDa SMK Guntong juga telah mengadakan Program Sentuhan Nurani PPDa pada 29 Januari 2009.



PROGRAM WACANA "ANTI DADAH"

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Guntong telah mengadakan program Wacana "Anti Dadah" pada 6 Januari 2009 yang lalu bertempat di Dewan SMK Guntong. Semua guru, pelajar dan staff SMK Guntong mengikuti program ini.

Tuesday, June 23, 2009

NOSTALGIA PPDa SMK GUNTONG TAHUN 2008

Bilik Sumber PPDa SMK Guntong


Kejayaan 2008

Tempat Pertama Pertandingan Bilik PPDa Peringkat Daerah Setiu 2008
Johan Pertandingan Dikir Barat Karnival PPDa Peringkat Daerah Setiu 2008

Tempat Kedua Pertandingan Bilik PPDa Peringkat Negeri Terengganu 2008
Tempat Ketiga Dikir Barat Karnival PPDa Peringkat Negeri Terengganu 2008

Sunday, June 21, 2009

VISI
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
SMK GUNTONG
~
SMKG Sekolah Cemerlang Tanpa Dadah Daerah Setiu Menjelang Tahun 2012
~
~
MISI
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
SMK GUNTONG
~
Kami warga SMKG akan mengembeling tenaga warga sekolah dan pelbagai lapisan masyarakat agar terus berusaha merancang, melaksana dan memperkasakan program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.
Visi Bilik PPDa SMK Guntong
Menyediakan maklumat dan program pendidikan pencegahan dadah bagi mencapai matlamat Sekolah Cemerlang Tanpa Dadah Menjelang 2012
Misi Bilik PPDa SMK Guntong
Mengembeling tenaga warga sekolah dan pelbagai lapisan masyarakat dan agensi luar agar terus berusaha merancang, melaksana serta memperkasakan Program Pencegahan Pendidikan Dadah di sekolah
Melahirkan pelajar bebas dadah dengan pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah melalui bilik PPDa yang mantap dan berkesan
CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA INDUK
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
SMK GUNTONG, SETIU
~
PENASIHAT
Pegawai Pelajaran Daerah Setiu
~
PENGERUSI
Tuan Haji Romeli Bin Ismail
Pengetua
~
NAIB PENGERUSI
En. Wee Beng Hai
Guru Penolong Kanan HEM
~
NAIB PENGERUSI 2
En. Ahmad Nordin Bin Bahari
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
~
NAIB PENGERUSI 3
En. Kamaruzaman Bin Hamat
Guru Penolong Kanan KOKO
~
SETIAUSAHA
En. Shahdan Bin Sahibon
~
PEN. SETIAUSAHA
Pn. Zubaidah Bt. Omar
~
AHLI JAWATANKUASA
En. Mohd Zulkifli B. Yusof
En. Wan Shamsuddin B. Wan Bakar
Pn. Safiah Salwana Bt. Mohd Noor
Pn. Zuraini Bt. Che Musa
Pn. Rohazila Bt. Abd. Latif
Pn. Maizatulhana Bt. Bohari
Pn. Norbaizura Bt. Ismail
Pn. Norizan Bt. Shafai
En. Wan Rahim Bt. Wan Ismail
En. Hamir B. Halias
Cik Aisyah
En. Tarmizee B. Ali
~
J/K SOKONGAN LUAR
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Pejabat Kesihatan Daerah Setiu
PIBG SMK Guntong
PEMADAM