Saturday, June 27, 2009

SEMINAR KEIBUBAPAAN PPDa SMK GUNTONG 2009

SMK Guntong telah mengadakan Seminar Keibubapaan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat SMK Guntong pada 27 Jun 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan SMK Guntong. Seramai 200 ibu bapa hadir mengikuti program di atas yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya dadah dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat. Tema seminar ini adalah “ Masyarakat Madani Tanpa Dadah”. Aktiviti dipenuhi dengan Ceramah Anti Dadah oleh pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu. Perasmian majlis dilakukan oleh Tuan Pengetua SMK Guntong, Tuan Haji Romeli Ismail.

No comments:

Post a Comment