Seramai 50 orang guru dan staf sokongan SMK Guntong telah mengikuti Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) pada 30 Mei 2009 yang lalu bertempat di Bilik Sumber SMK Guntong. Program yang bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme perguruan ini turut memuatkan slot berkaitan dengan dadah dan akta-akta yang berkaitan dengannya. Cif Inspektor Mohd Hazmy Bin Mohd Noor, dari IPD Setiu telah dijemput untuk memberi ceramah tersebut. Turut bersama Tuan Pengetua, Tuan Haji Romeli yang baru melaporkan di sebagai Pengetua SMK Guntong pada 28 Mei 2009 yang lalu.
No comments:
Post a Comment