Friday, July 31, 2009




Perkhemahan Tahunan Unit Berunifom SMK Guntong 2009



Setelah "berpenat lelah" untuk penghakiman Bilik PPDa Peringkat Kebangsaan 2009, seramai 200 orang guru dan pelajar SMK Guntong telah mengikuti Perkhemahan Tahunan Unit Berunifom yang diadakan pada 30/7/2009 hingga 1/8/2009 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Terengganu- Kuala Berang, Hulu Terengganu.




Wednesday, July 29, 2009

PENGHAKIMAN PERTANDINGAN BILIK PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009

PADA 27 JULAI 2009 DI SMK GUNTONG

Selamat Datang

Bersama di Program Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Guntong. Perasmian oleh YB. Abdul Halim B. Jusoh, Adun Permaisuri


Jamuan Tengahari bersama YB. Abdul Halim B. Jusoh, ADUN Permaisuri



Persembahan Khas 'Dikir Barat" SMK Guntong


Khusyuk mendengar taklimat daripada Tuan Pengetua, Haji Romeli B. Ismail


Gimik pembukaan Bilik PPDa SMK Guntong oleh Ketua Panel Hakim

Replika Buku Anti Dadah



Tengok dan nilai



Kami berikrar..... menjauhi dadah durjana


Tengok blog ppdasmkguntong.blogspot.com

Bergambar kenangan Panel Hakim, Pengetua, Guru dan Pelajar

Ole-ole kenangan dari kami. Untung bertandang di musim durian


PENGHAKIMAN PERTANDINGAN BILIK PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009

YA ALLAH,

KURNIAKAN KAMI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN KEPADA KAMI

Sunday, July 26, 2009



SELAMAT DATANG
WELCOME
اهلا وسهلا ومرحبا بكم


YANG BERBAHAGIA PANEL HAKIM
PENGHAKIMAN BILIK SUMBER
PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2009

Pelancaran Program Kecemerlangan Pendidikan SMK Guntong 2009

YB. Abdul Halim menyarung 'vest' kepada 10 pelajar tebaik setiap tingkatan sempena Program Kecemerlangan Pendidikan SMK Guntong

YB. Abdul Halim B. Jusoh sedang melayari Blog PPDa SMK Guntong


selamat datang...

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SMK GUNTONG

SMK Guntong telah mengadakan Program Kecemerlangan Pendidikan pada 27 Julai 2009 bertempat di Dewan Terbuka SMK Guntong. Program ini bertujuan untuk menjadikan SMK Guntong sekolah terbilang dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Pelancaran Program Kecemerlangan Pendidikan SMK Guntong telah disempurnakan oleh YB. Abdul Halim B. Jusoh, ADUN Permaisuri. Seramai 250 ibu bapa dan penjaga pelajar SMK Guntong hadir menjayakan pelancaran di atas.

Ucapan perasmian pelancaran Blog PPDa SMK Guntong 2009


Perhimpunan Khas PPDa SMK Guntong 2009

SMK telah mengadakan perhimpunan mingguan khas sempena Majlis Penghakiman Pertandingan Bilik PPDa Peringkat Kebangsaan pada 27 Julai 2009. Perhimpunan ini dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Setiu, En. Azmi Bin Zakaria.

Sempenan perhimpunan beliau juga telah melancarkan Blog PPDa SMK Guntong. Beliau juga telah mengadakan lawatan ke Bilik SMK Guntong sebagai suntikan terakhir untuk penghakiman yang akan diadakan hari ini.

Saturday, July 25, 2009

SELAMAT DATANG
WELCOME
اهلا وسهلا ومرحبا بكم
YANG BERBAHAGIA PANEL HAKIM
PENGHAKIMAN BILIK SUMBER
PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2009
Program Bersama Ibu Bapa
"Akujanji Kata Dikota"

Pelancaran Program Quranic Paradigm SMK Guntong 2009



Pelancaran Program Quranic Paradigm SMK Guntong 2009



Pengenalan


Kefahaman dan penghayatan Islam menjadi asas utama bagi setiap individu untuk melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Maka Badan Kerohanian tampil untuk melaksanakan program Quranic Paradigm yang dicetuskan oleh Tuan Pengetua, Haji Romeli B. Ismail











PELANCARAN LAMAN BLOG PPDa SMK GUNTONG


Pelancaran Laman Blog PPDa SMK Guntong akan diadakan pada 26 Julai 2009 bertempat di Laman PPDa SMK Guntong oleh Tuan Pengetua, Haji Romeli Bin Ismail.
Blog PPDa SMK Guntong memaparkan banyak info tentang PPDa SMK Guntong seperti aktiviti-aktiviti yang dijalankan, maklumat tentang dadah, organisasi yang berkaitan, dll
Alamat Blog PPDa SMK Guntong

BESTARI SOLAT MENCEGAH PERKARA KEJI

"JAUHI NAJIS DADAH"

SMK Guntong telah mengadakan Kem Bestari Solat peringkat SMK Guntong pada 23-24 Julai 2009 bertempat di SMK Guntong. Seramai 100 orang pelajar lelaki dari tingkatan 1 dan 2 mengikuti kem tersebut.

Matlamat kem ini ialah untuk melahirkan pelajar yang dapat melaksanakan ibadat solat dengan sempurna. Semasa kem ini mereka juga menghayati sendiri ibadat melalui aktiviti yang dilaksanakan. Antara aktivitinya ialah Amali Mandi Wajib, Amali Wudhuk, Solat Fardhu Berjemaah, Solat Sunat, Qiamullail, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Solat Jumaat dan juga Ziarah Tanah Perkuburan Islam.

Diharap dengan kem seumpama ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat, beriman dan bertaqwa. Sifat ini mampu mencegah pelajar daripada melakukan perbuatan keji seperti terlibat dengan najis dadah.

Perasmian Kem Bestari Solat oleh Tuan Pengetua SMK Guntong



Solat Berjemaah


Qiamullail dan Tazkirah Subuh oleh Ustaz Muktar Bin Jusoh dari Pejabat Agama Daerah Setiu





Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Bestari Solat





Bersemangat ke Masjid ... 1km lebih... tapi setiap langkah menuju solat adalah sedekah




Solat Jumaat dan dengar Khutbah

Ingat juga akan kematian...









BESTARI SOLAT MENCEGAH PERBUATAN KEJI
"JAUHI NAJIS DADAH"
Program Israk dan Mikraj 1430H
"Kekuatan Akidah Benteng Gejala Keji "Najis Dadah"
SMK Guntong telah mengadakan Program Israk dan Mikraj 1430H peringkat SMK Guntong pada 23 Julai 2009 bertempat di Dewan Terbuka SMK Guntong.
Ceramah Israk dan Mikraj telah disampaikan oleh Ustaz Che Bahrom Bin Yassin dari Pejabat Agama Daerah Setiu. Program ini dihadiri hampir semua pelajar, guru dan staf SMK Guntong.

Guru, Staff dan Pelajar menjadi 'pendengar setia' ceramah Israk dan Mikraj

Turut hadir Tuan Pengetua, Haji Romeli B. Ismail

Ustaz Che Bahrom menandatangani buku pelawat Bilik PPDa SMK Guntong setelah melawat bilik tersebut.

KAGUMI KEKUASAAN ALLAH MENCEGAH PERBUATAN KEJI (DADAH) Program Solat Gerhana Matahari & Sambutan Isra' dan Mikraj 1430H


SMK Guntong telah mengadakan Program Solat Gerhana Matahari pada 22 Julai 2009 di Dataran Perhimpunan SMK Guntong. Program yang disertai oleh semua guru, staf dan pelajar bermula jam 9.00 pagi itu diimamkan oleh Alfadhil Ustaz Mohd Zaki Bin Abdul Rahman. Setelah bersolat mereka diperdengarkan pula dengan 'Khutbah Gerhana" yang menceritakan tentang kekuasaan Allah.



Solat Gerhana Matahari di Dataran Perhimpunan SMK Guntong

Kena taklimat dulu... tak pernah buat sebelum ini..





.

Wednesday, July 22, 2009

AKUJANJI KATA DIKOTA
"JAUHI DADAH DURJANA"

SMK Guntong telah mengadakan majlis perasmian Program Akujanji Kata Dikota pada 21 Julai 2009 yang lalu bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Guntong.Majlis di perhimpunan mingguan khas ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Haji Romeli Bin Ismail.
Sempena majlis ini seramai 550 orang pelajar SMK Guntong telah menandatangani Sijil Akujanji Kata Dikota dan melafazkan ikrar tersebut di hadapan guru mereka.
Antara akujanji mereka ialah berjanji menjadi hamba yang bertaqwa, anak yang soleh, pelajar yang beraakhlak, belajar dengan bersungguh dan juga menjauhi perbuatan keji seperti merokok dan terlibat dengan najis dadah.

Ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua, Haji Romeli Bin Ismail
Wakil pelajar menyerahkan semula Sijil Akujanji Kata Dikota kepada guru kelas masing-masing

"Kami berikrar"...........

Wakil pelajar menerima Sijil ikrar daripada Tuan Pengetua


Gimik pelancaran....


Janji mesti ditunaikan....











KARNIVAL KOKURIKULUM 2009
Tema "KAMI BENCI DADAH"

SMK Guntong telah mengadakan Karnival Kokurikulum 2009 pada 14-15 Julai 2009 dan 20-21 Julai 2009 yang lalu. Karnival anjuran Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum SMK Guntung dengan kerjasama JK PPDa SMK Guntong ini beertemakan "Kami Benci Dadah".
Beberapa pertandingan telah diadakan iaitu Pertandingan Bercerita, Syarahan, Mengarang Esei, Mendeklamasikan Sajak, Bahas Ala Parlimen, Forum dan juga Pesta Pantun.
Karnival ini dipertandingkan mengikut Rumah Sukan khas untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 4 sahaja mengikut kategori yang ditetapkan pihak penganjur.

Juri Profesional : Pertandingan Syarahan

Gelak la tu "kita" tak masuk bertanding ke?

Pertandingan Syarahan

Pertandingan Bercerita




Thursday, July 9, 2009

SMK GUNTONG


SMK GUNTONG

LATAR BELAKANG

SMK Guntong dibina di Kampung Padang Jejawi, pada tahun 2002 dan memulakan sesi persekolahan pada Januari 2005. Terletak 74 km dari Kuala Terengganu dan 35 km dari Jerteh. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar Bandar. Pelajar SMK Guntong datang dari Kampung Padang Jejawi, Kampung Sungai Durian, Kampung Guntong Dalam, Kampung Guntong Luar, Kampung Air Sejuk, Kampung Che Mohid, Kampung Batu Gajah, Kampung Padang Serai, Kampung, Kampung Teluk Tasek, Kampung Panchur Merah, Kampung Hulu Kekabu, Kampung Bukit Grebar, Kampung Bintang dan Kampung Bahagia. Sekolah rendah sekitar ialah SK Guntong, SK Guntong Luar, SK Panchur Merah dan SK Bintang.

FALSAFAH

Untuk mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang kondusif dan dapat menarik minat pelajar dan seterusnya melahirkan individu yang bertanggungjawab serta seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.

VISI

”Menjadikan SMK Guntong sekolah terbilang dari segi akademik dan kokurikulum”

PENYATAAN VISI

SMK Guntong : Memenangi sekurang-kurangnya satu anugerah di peringkat Kebangsaan daan negeri serta daearah dalam tahun semasa

MOTO

”Mendahulukan pelanggan, mengutamakan pencapaian”

PRINSIP PEMBELAJARAN

Sekolahku Nikmatku,
Sekolahku Ibadatku,
Sekolahku Jihadku.

MISI

Menyediakan Pendidikan Yang Berkualiti dan Bertaraf Dunia Dari Segi Akademik, Kokurikulum, Kemahiran ICT Ke Arah Pembentukan Modal Insan.

PERNYATAAN MISI

~Pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR.
~Pelajar mencapai kecemrlaangan dalam peperiksaan SPM
~Cemerlang dalam kkokurikulum dengan menjadi sekolah berwatak

(Bomba, KRS, Kriket dan Program SLAD)
~Melahirkan pelajar yang menguasai kemahiran ICT
~Melahirkan pelajar yang boleh menguasai dua bahasa
~Menjadi sekolah contoh dalam hubungan dan pembangunan komuniti
~Menjadi sekolah contoh dalam pembangunan fizikal secara inkuiri
~Mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif yang meransang minda pelajar menjadi

aktif, inovatif dan kreatif.
~ Melahirkan pelajar berketerampilan, mematuhi peraturan dan berakhlak mulia.

PRA SYARAT VISI DAN MISI

~Pemikiran Kelas Pertama
~Berfikiran Secara Luarbiasa
~Personaliti Unggul

VISI DAN TINDAKAN

~Visi tanpa tindakan ádalah satu mimpi
~Tindakan tanpa hala tuju hanya membuang masa
~Visi beserta tindakan akan merubah dunia


PRA SYARAT PERUBAHAN PEMIKIRAN

~AQ (Adversity Quotient)
~IQ (Intelligent Quatient)
~EQ (Emotion Quotient)
~ESQ (Emotion Spiritual Quatient)

PIAGAM PELANGGAN

~Memberi layanan yang adil dan saksana kepada semua pelajar dan ibu bapa dari segi kehendak tanpa mengira agama dan bangsa.
~Memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan semangat yang tinggi.
~Menyediakan prasarana pembelajaran dan pengajaran untuk kecemerlaangan
~Membina dan mengekalkan budaya cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
~Melahirkan pelajar yang bermoral tinggi, berakhlak mulia dan bertaqwa
~Memupuk kesedaran serta tanggungjawab yang tinggi di kalangan guru dan staf
~Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan PIBG secara berterusan dalam urusan pendidikan sekolah.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, selesa dan indah.

NILAI PEGANGAN SEKOLAH

Pelajar adalah satu amanah
Semua pelajar berhak mendapat bimbingan yang sempurna
Semua guru adalah guru yang cemerlang
Kerja sepasukan