PROGRAM LARIAN ANTI DADAH DAN RAKAN MUDA KECERGASAN 2009
PROGRAM LARIAN ANTI DADAH DAN RAKAN MUDA KECERGASAN 2009
SMK Guntong menganjurkan Larian Anti Dadah dan Rakan Muda Kecergasan pada 07 Julai 2009 jam 2.00 petang. Larian sejauh 7km ini disertai oleh semua guru, staf dan pelajar SMK Guntong melalui beberapa jalan sekitar Kampung Padang Jejawi, Kampung Che Mohid dan Kampung Sungai Durian.
Larian ini bertujuan untuk melahirkan warga sekolah yang sihat dan cergas, disamping dapat menyedarkan masyarakat sekitar tentang bahaya dadah dalam kehidupan seharian.
Program ini dianjurkan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Setiu, Pejabat Belia Daerah Setiu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pertahanan Awam Malaysia. Perasmian Program Larian Anti Dadah dan Rakan Muda Kecergasan telah dilakukan oleh Tuan Pengetua, Haji Romeli Bin Ismail. Turut hadir pegawai Khas PPDa PPD Setiu.
No comments:
Post a Comment