Sunday, July 5, 2009

PROGRAM BERSAMA KETUA POLIS DAERAH SETIU.
http://www.rmp.gov.my/








PROGRAM BERSAMA KETUA POLIS DAERAH SETIU


SMK Guntong telah mengadakan Program Bersama Dengan Ketua Polis Daerah Setiu pada 7 Julai 2009 (Ahad) yang lalu bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Guntong, Setiu.

Sempena program ini, Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Abdul Hamid merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas SMK Guntong, bagi tahun 2009. Seramai 50 orang pengawas sekolah telah menerima watikah perlantikan ini. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua pengawas melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Mereka juga dinasihatkan supaya menjadi model kepada pelajar yang lain.

DSP Abdul Hamid juga telah mengunjungi Bilik Sumber PPDa SMK Guntong untuk sama-sama memberi idea dan cadangan bagi menambahbaik bilik ini untuk Pertandingan Bilik PPDa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan penghujung bulan Julai nanti.

Diakhir lawatan DSP Abdul Hamid bergambar kenangan bersama Tuan Pengetua, Pentadbir, Guru dan Pengawas Sekolah

No comments:

Post a Comment