Wednesday, July 1, 2009

MOTIVASI BERSAMA PROF. MADYA Dr. HJ. MD. IZZUDIN B. ALI




MOTIVASI BERSAMA PROF. MADYA Dr. HJ. MD. IZZUDIN B. ALI

Seramai 300 orang pelajar SMK Guntong telah mengikuti program Motivasi Kecemerlangan Diri bersama Prof. Madya Dr. Hj. Md. Izuddin B. Ali, Perunding/Pakar Motivasi Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu. pada 2 Julai 2009 yang lalu.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi kecemerlangan diri khusus kepada semua calon PMR dan SPM 2009. Turut serta pelajar cemerlang dari tingkatan yang lain. Turut sama mengikuti program ini ialah Tuan Haji Romeli B. Ismail, Pengetua SMK Guntong dan guru-guru projek SPM&PMR.
Prof. Madya Dr. Hj. Md. Izzuddin B. Ali juga menasihati semua pelajar agar menjauhi "najis dadah" yang pasti akan menjahanamkan masa depan mereka yang terlibat. Beliau juga berkesempatan melawat "Bilik Sumber" PPDa SMK Guntong yang akan menyertai pertandingan peringkat kebangsaan.

No comments:

Post a Comment