PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM ISLAM
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/dadah.html
PENDAHULUAN
Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amatmencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Salah satu masalah sosial yangagak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya Umat Islam. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia menagih tidak pula berkurangana atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untukmembasminya. Berhubungan dengan itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan burukakibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit ‘kronik’ yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome). Walau pun kita semua benci kepada perkara ini, namun kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibatini dan berharap mereka akan insaf serta berusaha memulihkan diri sendiri.
PENDAHULUAN
Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amatmencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Salah satu masalah sosial yangagak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya Umat Islam. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia menagih tidak pula berkurangana atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untukmembasminya. Berhubungan dengan itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan burukakibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit ‘kronik’ yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome). Walau pun kita semua benci kepada perkara ini, namun kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibatini dan berharap mereka akan insaf serta berusaha memulihkan diri sendiri.
SERANGAN MUSUH ISLAM
Kita tahu bahawa musuh-musuh kita amat tidak suka melihat perkembangan Islam yang begitu maju dan terkehadapan dalam banyak segi. Mereka sentiasa mencari berbagai cara bagi menjatuhkan Islam dan cara yang paling berkesan ialah melemahkan kekuatan umatIslam itu sendiri. Penggunaan dadah sudah diketahui umum cukup berjaya dan inilah yangdibawa oleh musuh Islam. Dalam keghairahan kita mengejar kehidupan kita kadangkala terlupa tentang jerat yang menanti kita.
APA ITU DADAH?
Mengikut Risalah kecil “Islam Memusuhi Dadah” yang diterbitkan oleh Pasukan Petugas Khas Anti dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993,telah memberi penjelasan seperti berikut : Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam. · Takrif ini tidak meliputi alcohol dan tembakau serta ubat yangjuga merupakan bahan kimia asli atau tiruan yang digunakan untuk mengesan , mencegah atau mengubati penyakit.
JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu :
1. Depresan - termasuk heroin,morfin, candu, kodein dan barbiturat.
2. Stimulan - termasuk kokain, amfetamin, gam ,pelarut organik seperti benzin dan cat.
3. Halusinogen - termasuk ganja, habish, LSD, PCP,’Crack’ dan bahan yang mengandungi psilosibin.
MENGAPA ISLAM MELARANG PENGAMBILAN DADAH
Dalam menjamin kesejahteraan hidup, Islam telah menetapkan panduan-panduan dan larangan-larangan dalam pengambilan bahan makanan atau barang gunaan agar umatnya tidak terjerumus dalam mengambil benda-benda yang ditegah. Ini semua adalah untuk memastikan kesinambungan hidup manusia agar sentiasa terpelihara akidahnya. Kita sering mendengar pepatah arab yang menyebut :
MENGAPA ISLAM MELARANG PENGAMBILAN DADAH
Dalam menjamin kesejahteraan hidup, Islam telah menetapkan panduan-panduan dan larangan-larangan dalam pengambilan bahan makanan atau barang gunaan agar umatnya tidak terjerumus dalam mengambil benda-benda yang ditegah. Ini semua adalah untuk memastikan kesinambungan hidup manusia agar sentiasa terpelihara akidahnya. Kita sering mendengar pepatah arab yang menyebut :
العقل السليم في الجسم السليم
Maksudnya :” Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat”.
Ini bermakna hubungan di antara akal (mental/spritual) dan badan (fizikal) amat berkaitrapat dan akanmemberi kesan yang mendalam di antara satu sama lain. Oleh kerana itu, Islam menggesa umatnya supaya mengambil makanan yang baik dan halal termasuklah bersih dan berkhasiat . Tegahan mengambil benda/bahan makanan yang kotor, jijik dan keji serta yang ditegah adalah jelas dilarang sama sekali termasuklah mengambil benda-benda yang memabukkan seperti dadah. Kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan mental/spritual maka ia amat mempengaruhi kesempurnaan amal ibadat seseorang. Sebagai umat Islam, kita perlu mengetahui bahawa dadah adalah sejenis ‘bahan’ kotor, najis, jijik dan keji yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan kerana sifatnya yang memabukkan/mengkhayalkan. Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri dalam larangan-larangan Allah S.W.T. dan ianya amat ditegah.
Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 berbunyi :
ولا تلقوا بأيديكم الى التهلكة
Maksudnya : “… Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …”
HUKUM
Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang diqiaskan kepada arak. Dalam al Qur’an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini bersandarkan kepada keterangana nas-nas (al-Qur’an dan al hadith)kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-benda yang memabukkan, yang menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu‘memabukkan’ atau kerana terdapat keburukan-keburukan terhadap individu-individu dan masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. berbunyi :
كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَكُلُّ خَمْرٍ حَرَامٌ
Maksudnya :” Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram”. (Riwayat Muslim)
.
KESAN PENGAMBILAN DADAH
.
i. Dadah Menghancurkan Rumahtangga : Keluarga dinaungi oleh ketua yang menjadi penagih akan menimbulkanberbagai kesulitan dan masalah di antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yangdiperlukan bahkan terdapat yang memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberat mengenai kehidupan ahli keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya. Firman Allah S.W.T. dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang berbunyi :
قوا انفسكم واهليكم نارا
Maksudnya : “...peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka… ”.
Rasulullah s.a.w bersabda :
كفى بالمرءى اثما عن يضيع من يقوت
Maksudnya : “ Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya ”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
.
ii. Dadah Menimbulkan Masalah Jenayah : Jenayah seringkali juga dikaitkan dengan penagih-penagih. Masalah ketiadaan sumber kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga dan diri sendiri boleh menyebabkan hilang punca kawalan diri dan cara yang paling mudah untuk mendapat wang adalah melakukanjenayah sama ada mencuri, memeras ugur, merompak atau membunuh.
.
iii. Dadah Merosakkan Diri Sendiri : Apa yang sungguh menyedihkan ialah penagih-penagih yang sebati dengan dadah ketagih sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Mereka ini tidak dapat mengawal diri sendiri, kotor, busuk malah telah menjadikan lorong-lorong tertentu sebagai tempat tinggal. Sungguh memilukan mata memandang. Bayangkan jika mereka ini terdiri dari kalangan keluarga kita, apa yang patut kita buat?. Mereka ini sudah tiada haluan hidup,dibenci masyarakat dan membebankan negara.
.
iv. Dadah Mendatangkan Penyakit HIV/AIDS : Salah satu kesan buruk yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang berterusan adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS. Memang sudah diketahui umum, bagi penagih yang berada dalam peringkat ketagihan dadah akan menggunakan berbagai cara untuk menghilangkan ketagihan itu, di antaranya melalui suntikan padaanggota badan. Bagi yang tidak mempunyai cukup wang, mereka sanggup berkongsi jarum dan cara inilah yang menyebabkan menularnya penyakit tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan ialah penyakit ini masih belum dapat dirawat sepenuhnya, hanya bertahan untuk satu waktu yang tidak dapat dipastikan. Dalam kes seperti ini sama ada penagih itu mengidap penyakit atau sebagai pembawa penyakit, mereka seringkali dipandang hina oleh masyarakat bahkan keluarga sendiri termasuk isteri/suami dan anak-anak. Masyarakat juga takut diri mereka dijangkiti penyakittersebut. Masalah ini kadangkala menjeruk hati dan perasaan pasangan berkenaan kerana berada dalam keadaan serba salah.
.
v. Dadah Membunuh Diri Sendiri :Di atas larangan yang paling besar perlu dipastikan oleh umat Islam ialah tidak dibenarkan membunuh diri sendiri walau dalam keadaan apa sekalipun, dan mengambil dadah boleh membawa kepada kematian. Tegahan membunuh diri jelas dalam al-Qur’an, Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 151 berbunyi :
تقتلوا النفس التي حرم الله الا بالحقولا
Maksudnya :” …dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak.…”
.
PENUTUP
.
Islam amat menitikberatkan mengenai kesejahteraan hidup umatnya. Dalam banyak perkara, keutamaan terhadap keimanan seseorang adalah menjadi tunjang utama untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Jelaslah syariat Islam diturunkan adalah untuk memelihara kewujudan ummah dengan memelihara perkara-perkara asas iaitu jiwa, akal, keturunan, agama, kehormatan di samping mengharamkan segala yang boleh merosakkannya. Insya Allah, kita semua akan dijauhi dari bahaya dadah ini.
No comments:
Post a Comment