Saturday, July 25, 2009

BESTARI SOLAT MENCEGAH PERKARA KEJI

"JAUHI NAJIS DADAH"

SMK Guntong telah mengadakan Kem Bestari Solat peringkat SMK Guntong pada 23-24 Julai 2009 bertempat di SMK Guntong. Seramai 100 orang pelajar lelaki dari tingkatan 1 dan 2 mengikuti kem tersebut.

Matlamat kem ini ialah untuk melahirkan pelajar yang dapat melaksanakan ibadat solat dengan sempurna. Semasa kem ini mereka juga menghayati sendiri ibadat melalui aktiviti yang dilaksanakan. Antara aktivitinya ialah Amali Mandi Wajib, Amali Wudhuk, Solat Fardhu Berjemaah, Solat Sunat, Qiamullail, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Solat Jumaat dan juga Ziarah Tanah Perkuburan Islam.

Diharap dengan kem seumpama ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat, beriman dan bertaqwa. Sifat ini mampu mencegah pelajar daripada melakukan perbuatan keji seperti terlibat dengan najis dadah.

Perasmian Kem Bestari Solat oleh Tuan Pengetua SMK Guntong



Solat Berjemaah


Qiamullail dan Tazkirah Subuh oleh Ustaz Muktar Bin Jusoh dari Pejabat Agama Daerah Setiu





Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Bestari Solat





Bersemangat ke Masjid ... 1km lebih... tapi setiap langkah menuju solat adalah sedekah




Solat Jumaat dan dengar Khutbah

Ingat juga akan kematian...









BESTARI SOLAT MENCEGAH PERBUATAN KEJI
"JAUHI NAJIS DADAH"

No comments:

Post a Comment